Sunday, 12 January 2014

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Mengapa perlu sediakan payung sebelum hujan?
Sebelum kita mengambil peperiksaan, kita mesti ‘studi’. Jika tidak kita akan gagal dalam peperiksan.
Sebelum kita memandu kereta, kita mesti pastikan yang tangki kereta ada petrol (kereta yang menggunakan petrol sebagai bahan api sahaja). Jika tidak kereta tidak akan jalan.
Sebelum kita membeli kereta baru, pastikan kita membeli insurans terlebih dahulu. Jika mengalami kemalangan, kita boleh ‘claim insurans’ untuk kos membaiki kereta.
Jika hari hujan dan ingin keluar, pakai payung agar kita tidak basah. Sila baca artikel ini sehingga habis artikel ini kenapa saya pilih pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’.
Saya ambil contoh, Ahmad, seorang graduan universiti yang baru bekerja.
Dengan gaji bulanan sebanyak RM2500, beliau dapat menyimpan RM500 sebulan. Setelah 5 tahun bekerja, beliau telah menyimpan RM30,000.
Dengan simpanan ini beliau bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga, pergi Haji, simpanan untuk anak-anak, bercita-cita untuk buka kedai sendiri dan sebagainya.
Ditakdirkan beliau mengalami kecederaan ligamen lutut ketika bermain futsal dan memerlukan kos pembedahan dan rawatan sebanyak RM30,000!
Maka simpanannya yang selama 5 tahun tersebut digunakan untuk membiayai kos rawatan.
RM30,000 habis begitu sahaja. Dan yang menyedihkan segala cita-cita dan rancangan beliau telah musnah sama sekali. Beliau perlu bekerja 5 tahun lagi untuk kumpul duit sebanyak RM30,000.
Ini kerana Ahmad tidak mengambil langkah yang sepatutnya untuk melindungi simpanan beliau yang sebanyak RM30,000.
Nasib Ahmad baik kerana mampu bekerja lagi selepas keluar hospital. Andaikan Ahmad, mempunyai masalah buah pinggang atau lumpuh, dan tidak mampu bekerja lagi, apa yang Ahmad mampu buat?
Hidup bergantung dengan orang lain. Jika nasib Ahmad kurang baik, Ahmad akan dihantar ke rumah kebajikan kerana tiada siapa yang mampu menjaga dan menanggung kos rawatan beliau.
Ini adalah realiti kehidupan.
Ini kerana Ahmad tidak dapat bekerja lagi, duit simpanan habis digunakan untuk membiayai kos rawatan, dan lebih menyedihkan tiada lagi sumber pendapatan.
Jika masa boleh dikembalikan, Ahmad akan buat seperti ini.
‘Protect’ wang simpanan atau kekayaan beliau dengan membeli polisi Takaful. Beliau boleh membayar semua kos perubatan tanpa mengacau simpanan beliau yang sebanyak RM30,000 tersebut.
Jika beliau lumpuh dan tiada sumber pendapatan lagi, beliau akan memerima pampasan sebanyak RM100,000. Dengan wang ini Ahmad boleh labur balik. Beliau tetap akan mendapat pendapatan walau hanya duduk di kerusi roda.
Perlu diingatkan, kebanyakan orang hendak membeli polisi Takaful setelah didiagnosis mempunyai penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi! Ketika itu menangis air mata darah sekalipun, syarikat Takaful tidak akan menjual polisi kepada sesiapa pun.
Jika kereta (badan) anda rosak (ditimpa penyakit seperti lumpuh) oleh kerana anda telah membeli insurans (polisi Takaful), anda tidak mempunyai malah untuk membayar atau ‘claim’ kos kerosakan (rawatan) kereta (penyakit).
Anda faham kenapa anda perlukan payung (perlindungan) sebelum basah (musibah) sekarang?
Hubungi/sms/WhatsApp Takaful Life Planner  anda di 017-6531648 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment