Assalammua'laikum semua... Hari ni saya ingin berkongsi 13 sebab, mengapa anda perlu memilih AIA Takaful Insurans.
- Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan - Untuk pengetahuan, AIA menawarkan pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika berlaku kematian atau hilang upaya seumur hidup, manfaat yang akan dibayar adalah berasaskan jumlah perlindungan. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.
- Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga - Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.
- Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S -Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun. Selepas umur 21 tahun (tempoh umur matang), boleh keluarkan tabungan terkumpul dalam akaun peserta untuk membiayai kos pendidikan ke universiti atau kolej.
- Perlindungan untuk Penyakit Kritikal - Pihak AIA Takaful akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.
- Mendapat Manfaat Elaun Hospital -Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari yang di discajkan.
- Operasi AIA Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah - Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Perlu Bijak Dunia dan Akhirat - Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai produk takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak.
- Bersih Zakat - Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak AIA Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.
- Pengecualian Cukai Pendapatan - Pelanggan AIA Takaful layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak AIA Takaful akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.
- Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah) - Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah adil pada semua pihak (win-win situation).
- Amal Jariah (Tabbaru’at) - Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru’ (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.
- Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia - Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, AIA Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.
- Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat - Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.
Dengan menyertai pelan AIA Publik Takaful dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 13 manfaat di atas (13 dalam 1).Sebarang pertanyaan boleh bertanya saya :)
Harap saya dapat membantu anda!
~Mior Muhammad Qawiem
~Takaful Life Planner from AIA PUBLIC TAKAFUL BHD
~017-6531648
~medicalcard4u@gmail.com
No comments:
Post a Comment